SELAMAT DATANG DI WEB LOG ADEM ATI CENTER. HP. 082301433410 # IKUTI TERUS UP DATE ADEM ATI NEWS: Majalah Online Meditation Indonesia.

Kamis, 25 Februari 2016

Meditasi menjadi Trend | Adem Ati News

Kevin Voight dalam The Asian Wall Street Journal yang bertajuk The New Soul Search. Artikel ini membincangkan tentang trend terkini oleh para usahawan, ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai tinggi dan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Coca Cola Co., Mitsubishi Corp., Siemens AG, Hewlett-Packard Co., GlaxoSmithKline PLC tidak ketinggalan firma perunding seperti McKinsey & Co, begitu juga kumpulan syarikat besar seperti Australia & New Zealand Banking Group. Mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk para eksekutifnya mendalami latihan-latihan ketenangan dan peningkatan kecerdasan spiritual.

Keperluan tentang ketenagan jiwa telah mula dirasai dalam dunia bisnes, terutama untuk membantu mengatasi stress dan tekanan pekerjaan yang dihadapi para eksekutif tersebut. Mereka tidak lagi mencari ceramah- ceramah tentang pengurusan stress yang hanya menceritakan dari aspek teori tanpa penekanan praktikal. Hasilnya tetap serupa biarpun berkali-kali menghadini ceramah sedemikian rupa. Dalam latihan Meditasi Islam perkara yang ditonjolkan ialah bagaimana mereka dapat menemukan makna dan tujuan hidup yang memberikan sense of direction, justeru dapat mengatasi pelbagai masalah serta meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kesihatan.

Jika anda ingin kedamaian jiwa atau menghadapi apa juga bebanan emosi atau penyakit yang berpunca dan stress (cth migraine dll) atau ingin mengubah sikap dari negatif (cth tiada keyakinan diri dll) kepada positif, Meditasi Islam adalah kaedah yang patut anda tekuni kerana ía akan membantu anda MENGUASAI SERTA MENGENDALlKAN TEKANAN DAN MEMBERI JALAN KELUAR KEPADA PELBAGAI MASALAH biar seberapa benat sekalipun dengan efektif dan praktikal. Percayalah hanya ketenangan dapat memberi kebahagian hidup.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar